Iskandar Bin Habi
No.12 Jalan SS5A/11,
Kelana Jaya, 47301
Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Ketua Lembaga Pengawas
SMK Kelana Jaya,
Jalan Bahagia, SS4
Kelana Jaya, 47301
Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan. 25 Ogos 2010
Tuan,
SURAT PERLETAKAN JAWATAN ANAK SAYA DARI LEMBAGA PENGAWAS SMK KELANA JAYA SESI 2010/2011
Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin mengemukakan perletakan jawatan anak saya yang telah menyandang jawatan sebagai pengawas SMK Kelana Jaya selama empat tahun sejak dari tingkatan 1. Oleh hal demikian, anak saya akan mula melaksanakan perletakan jawatan ini bermula pada sesi 2011 iaitu pada tahun hadapan.
2. Berikut adalah butir-butir mengenai anak saya:
2.1. Nama : Nursabrina Binti Iskandar
2.2. No.Kad Pengenalan : 940514-14-6286
2.3. Kelas : 4 Amanah (2010)
3. Berikut adalah faktor-faktor perletakan jawatan anak saya:
3.1. Mahu menumpukan perhatian dalam pembelajaran bagi menghadapi peperiksaan SPM yang
akan dihadapi pada tahun hadapan iaitu pada tahun 2011.
3.2. Menganggap tanggungjawab sebagai pengawas menyebabkan konsentrasinya terhadap
akademik lebih berkurangan.
3.3. Tidak sanggup memikul tanggungjawab sebagai pengawas.
4. Segala kesulitan amat dikesali dan kami juga berharap sekiranya ada terdapat perselisihan faham antara anak saya dan mana-mana ahli dalam lembaga pengawas SMK Kelana Jaya dapat dimaafkan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
…………………………………
(ISKANDAR BIN HABI)
Bapa pelajar.
Written by, Sabby Iskandar.